mutakhir

Pemandu lori dipercayai tertimbus

Oleh Nazdy Harun

PEMANDU lori dipercayai tertimbus selepas kenderaannya terbabas ke dalam gaung di Jalan Aring di Kuala Berang, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, lori berkenaan membawa muatan bijih besi dipercayai dalam perjalanan ke Aring, Gua Musang sebelum terbabas.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada 4.18 petang sebelum sepasukan lima pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang bergegas ke lokasi dengan satu jentera.

Menurutnya, identiti pemandu lori berkenaan masih belum dapat dipastikan dan mangsa juga dipercayai tertimbus dalam timbunan bijih besi terbabit.

"Ketika ini usaha untuk mengalihkan timbunan bijih besi terbabit sedang dilakukan untuk mencari pemandu lori berkenaan," katanya.

Disiarkan pada: November 20, 2017 @ 9:24pm
d