mutakhir

Dipenjara 30 hari mencuri di pasar raya

Oleh Muhamaad Razis Ismail

Kota Bharu: Seorang buruh dipenjara 30 hari dan denda RM300 terhadap tuduhan mencuri pelbagai jenis barang di pasar raya, Sabtu lalu.

Majistret Kamarul Hasyime Rosli menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Mohammad Shahrul Hazle Rusmadi, 27, mengaku bersalah terhadap pertuduhan.

Mahkamah memerintahkan hukuman bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 18 November 2017.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri dua Ammeltz Yoko Yoko dan tiga mata penebuk lubang bernilai RM73.70 di sebuah pasar raya, di sini, pada jam 9.15 malam, 18 November 2017.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Disiarkan pada: November 22, 2017 @ 9:30am
d