mutakhir

UMNO Kelantan hantar surat bantahan

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali

UMNO Kelantan akan menghantar surat bantahan dan rasa tidak puas hati kepada kepimpinan tertinggi partinya dan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berikutan ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Nozula Mat Diah (BN-Paloh) diarah keluar dari Sidang DUN, hari ini.

Nozula berkata, beliau cukup sedih dengan perkara itu termasuk tidak berpeluang untuk berucap dalam sesi penggulungan itu.

Katanya, sebagai tindakan susulan UMNO akan menghantar surat bantahan Ahad ini selepas 11 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) menandatanganinya.

"Semua ADUN BN keluar dewan bersama-sama sebagai tanda sokongan kepada saya.

"Sepatutnya, saya diberi peluang untuk berucap dalam sesi penggulungan itu, tetapi tidak dibenarkan oleh Speaker DUN Datuk Abdullah Yakob. Kami bertikam lidah selama lima minit sebelum diarahkan keluar atas alasan saya tidak mahu duduk.

"Sepatutnya Speaker benarkan saya ketua pembangkang untuk berucap di dalam persidangan DUN yang berlangsung selama tiga hari," katanya ketika ditemui dalam sidang media di Sutera Inn, Kota Bharu, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas berhubung peristiwa diarah keluar dari sidang DUN Negeri Kelantan kerana melanggar peraturan dewan, 11.20 pagi tadi.

Nozula diarahkan keluar selepas tidak mematuhi arahan Speaker DUN Datuk Abdullah Yakob supaya tidak membahaskan Bajet Kelantan 2018 dalam sesi penggulungan.

Berita berkaitan

Air mata Nozula

Disiarkan pada: November 22, 2017 @ 2:47pm
d