mutakhir

Rumah teres dijilat api

Oleh Norizuan Shamsuddin

RUMAH teres dua tingkat musnah 90 peratus dalam kebakaran di Jalan SJ 24, Taman Selayang Jaya, Kuala Lumpur, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan awam memaklumkan kejadian pada 2.52 petang.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang dikerahkan ke lokasi bagi bantuan pemadaman.

"Setibanya di lokasi, anggota mendapati kebakaran berlaku di aras satu kediaman terbabit.

"Api berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh anggota kira-kira hampir sejam dan kebakaran menyebabkan kediaman berkeluasan 2x6 meter persegi itu musnah 90 peratus.

"Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan cedera akibat kebakaran itu," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Disiarkan pada: November 22, 2017 @ 8:50pm
d