mutakhir

5 lelaki ditahan bawa daun ketum

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

POLIS tahan empat lelaki tempatan dan seorang lelaki warga Thailand serta rampas daun ketum seberat 720 kilogram (kg) di tepi jalan Kampung Bagan, Naka, Padang Terap hari ini.

Ketua Polis Daerah Padang Terap Deputi Superintendan Noh Idris berkata, suspek berusia 26 hingga 36 tahun ditahan ketika membawa daun ketum bernilai RM21,600 itu di dalam tiga kereta Toyota Wish, Kia Citra dan Proton Perdana 3 petang dipercayai ingin diseludup ke negara jiran.

Menurutnya, hasil pemeriksaan menemui 40 plastik hitam mengandungi daun ketum seberat 400 kg di dalam bonet dan tempat duduk belakang Toyota Wish.

"Sebanyak 17 plastik hitam mengandungi daun ketum seberat 170 kg pula ditemui di dalam bonet Kia Citra sementara baki 15 plastik hitam mengandungi daun sama seberat 150 kg ditemui di dalam bonet Proton Perdana.

"Jumlah keseluruhan sebanyak 720 kg daun ketum dirampas dan suspek ditahan untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.

Disiarkan pada: November 22, 2017 @ 10:18pm
d