mutakhir

Maut langgar lori

Oleh Mohamad Fahd Rahmat

PENUNGGANG motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan lori membawa muatan barangan sejuk beku di Kilometer 20.7, Jalan Simpang Renggam-Kluang, Johor, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Muhamad Laham berkata, kemalangan pada 6.30 pagi itu menyebabkan mangsa, Muhammad Amirul Hambali, 20, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah pada kepala dan anggota badan.

“€œMangsa dalam perjalanan dari rumahnya yang terletak di Kampung Tengah, Renggam ke tempat kerjanya di Simpang Renggam.

"Sejurus tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai gagal mengawal Yamaha 135LC yang ditunggangnya sebelum memasuki laluan bertentangan.

"Pada masa sama, lori membawa muatan barangan sejuk beku tidak sempat mengelak dan bertembung dengan motosikal mangsa," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohamad berkata, pemandu lori berusia 39 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Disiarkan pada: November 23, 2017 @ 11:16am
d