mutakhir

Takde benda lain nak jual ke?

Oleh Zuliaty Zulkiffli

LELAKI berusia 48 tahun ditahan anggota Unit Kereta Peronda Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Terap ketika cuba menyeludup 180 kilogram daun ketum, hari ini.

Ketua Polis Daerah Padang Terap Deputi Superintendan Noh Idris berkata, lelaki itu ditahan pada 4.30 pagi di simpang tiga di Kampung Lamdin, Naka.

Beliau berkata, anggotanya yang membuat rondaan ketika itu ternampak Suzuki Vitara yang dipandu suspek dalam keadaan mencurigakan dan menahannya untuk pemeriksaan.

"Hasil pemeriksaan lanjut dalam kereta itu menemui 20 bungkusan plastik hitam di bahagian belakang kenderaan terbabit disyaki daun ketum.

"Kita percaya daun ketum itu untuk diseludup ke negara jiran kerana harga pasaran di sana lebih dua kali ganda berbanding di negara ini.

"Harga pasaran di sini dianggarkan RM30 sekilogram dan mampu dijual lebih RM50 sekilogram di negara jiran," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Noh berkata, suspek yang berasal dari Alor Setar ditahan untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.

Disiarkan pada: November 23, 2017 @ 11:37am
d