mutakhir

Jiwa kental. Tiada tangan, tiada masalah!

Oleh Fardy Bungga

SUNGGUHPUN dilahirkan tidak sempurna, namun berbekalkan azam dan semangat kuat membolehkan murid, Brenda Anellia Larry, 12, mampu mencapai keputusan boleh dianggap membanggakan pada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini.

Murid Orang Kurang Upaya (OKU) Sekolah Kebangsaan (SK) Luyang, Kota Kinabalu, itu yang dilahirkan tanpa kedua belah tangan masih mampu mendapat keputusan satu A€, tiga B dan dua C.

Walaupun sebelum ini mensasarkan keputusan UPSR empat 4 A

namun dia tetap bersyukur dan gembira dengan pencapaiannya itu.

Brenda berkata, kekurangan yang dimilikinya bukan penghalang untuk berjaya seperti insan normal asalkan keinginan mencuba itu ada pada diri.

Malah katanya, dia berazam untuk menjadi atlet sukan renang mewakili negara satu hari kelak selepas melihat kejayaan beberapa atlet paralimpik negara sebelum ini.

€œSaya sangat meminati sukan renang dan ketika ini saya menghabiskan masa sekurang-kurangnya empat hari seminggu untuk berlatih berenang.

Pada mulanya memang rasa takut masuk ke dalam air tapi dengan adanya sokongan ahli keluarga dan jurulatih.

“Saya berjaya berenang sendiri selepas dua bulan mencuba,“ ketika ditemui, semalam.

Difahamkan, ketika ini Brenda mampu berenang sejauh 1,000 meter tanpa henti di kolam renang.

Brenda yang akan melanjutkan pelajarannya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Fuad, tahun hadapan memberitahu dia sangat teruja tetapi kadang-kadang takut memikirkan persekitaran baru di sekolah itu kelak.

Disiarkan pada: November 23, 2017 @ 3:10pm
d