mutakhir

Bantu pesakit cerebral palsy berdikari

Oleh Mary Victoria Dass

Johor Bahru: Pesakit cerebral palsy yang didedahkan dengan pelbagai program pemulihan membolehkan mereka berdikari dan kurang bergantung kepada penjaga.

Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah bertitah, kerajaan negeri sentiasa mengorak langkah menyokong usaha membantu orang kurang upaya (OKU) termasuk pesakit celebral palsy.

Baginda bertitah, selain bantuan ditawarkan kerajaan negeri, lebih banyak perkara perlu dilaksana demi masa depan golongan itu.

“Kita masih memerlukan sokongan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mahupun sektor swasta.

“Sebagai masyarakat inkslusif, kita perlu menunjukkan keprihatinan terhadap golongan istimewa berkenaan,” titah baginda.

Raja Zarith Sofiah bertitah, golongan berkenaan juga berpeluang untuk berdikari sekiranya mereka dididik dan didedahkan dengan latihan vokasional bersesuaian.

Baginda bertitah, golongan berkenaan seharusnya dibantu untuk menonjolkan bakat unik serta memenuhi impian mereka mengikut kemampuan masing-masing.

Disiarkan pada: November 26, 2017 @ 5:26am
d