mutakhir

'Menyorok di kilang papan ke?'

Oleh Rosliza Mohamed

TIGA puluh tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk dua wanita ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan dalam serbuan di kilang papan di Tanah Merah.

Warga Bangladesh, Nepal, Vietnam dan Indonesia berusia 19-49 tahun itu ditahan antara kira-kira 11 pagi hingga 12.20 tengah hari semalam.

Ketua Bahagian Penguatkuasa JIM Kelantan, Ruzaana Mohamed berkata, kesalahan dilakukan pendatang terbabit ialah tinggal di negara ini lebih masa, tiada dokumen perjalanan yang sah dan melanggar syarat pas.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Semua PATI terbabit dibawa ke Depot Imigresen Tanah Merah untuk tindakan lanjut,” katanya.

Disiarkan pada: November 26, 2017 @ 11:31pm
d