mutakhir

Mangsa banjir Kelantan meningkat

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali

JUMLAH mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kelantan meningkat kepada 533 mangsa, 9 pagi ini berbanding 491 orang, 12 tengah malam tadi.

Jumlah itu membabitkan 149 keluarga dipindahkan di 11 PPS di lima daerah.

Berdasarkan portal ebanjir.Kelantan.gov.my, daerah Pasir Puteh merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 216 orang daripada 70 keluarga di tiga PPS.

Jumlah mangsa banjir di Kota Bharu mencatatkan seramai 186 daripada 42 keluarga; Tanah Merah seramai 71 mangsa (18 keluarga) di dua PPS dan Pasir Mas kekal seramai 50 mangsa (15 keluarga).

Sementara itu, Sungai Golok di Rantau Panjang berada di paras bahaya iaitu 9.03 meter (normal:5 m) dan tiga sungai di paras berjaga-jaga Sungai Galas di Dabong (32.01m), Sungai Lebir di Tualang (27.01m)

dan Sungai Kelantan di Tangga Krai (20.07m).

Beberapa jalan ditutup untuk semua kenderaan antaranya di KM0.5 Jalan Kok Lanas-Selising di Kota Bharu dan Jalan Pangkal Meleret-Limau Hantu di Kampung Bucit, Machang.

Manakala, beberapa jalan ditutup untuk kenderaan ringan iaitu di KM2.0 Jalan Sungai Mati Kerawang (Pangkal Perahu), Jalan Machang-Pangkal Meleret-Wakaf Bata dan Jalan Kampung Pek-Paloh Rawa.

Disiarkan pada: November 27, 2017 @ 10:11am
d