mutakhir

Melecur redah api

Oleh Muhammad Apendy Issahak

SEORANG lelaki melecur selepas meredah api untuk menyelamatkan diri dalam kebakaran sebuah rumah di Taman Chempaka, Ipoh, hari ini.

Dalam kejadian 12.45 tengah hari itu, mangsa Muhamad Safuan Mustaffa, 26, melecur tahap satu, kira-kira 14 peratus pada bahagian muka, tengkuk dan belakang badan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, P Samasuvam berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kebakaran itu 12.56 tengah hari membabitkan sebuah rumah dua tingkat.

Menurutnya, ketika sampai di lokasi mendapati kebakaran berjaya dipadamkan penduduk setempat dan hanya terdapat bara api sahaja.

“ œBagaimanapun terdapat seorang mangsa lelaki yang cedera melecur akibat meredah api untuk menyelamatkan diri.

“ Menurut mangsa, ketika kejadian dia berseorangan di rumah dan tidur di tingkat atas sebelum tersedar apabila terdapat asap dari tingkat bawah,”€ katanya ketika dihubungi hari ini.

Samasuvam berkata, mangsa yang tinggal bersama keluarga kakaknya di rumah berkenaan kemudian menyelamatkan diri dengan turun tangga ke ruang tamu tempat kebakaran berlaku.

“ Kebakaran membabitkan perabot yang teletak di tepi tangga rumah berkenaan.

“ Mangsa yang cedera itu kemudian dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh dengan menaiki ambulans Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) bomba untuk mendapatkan rawatan,”€ katanya.

Menurutnya, bomba kemudian bertindak memadamkan sisa bara api sehingga padam sepenuhnya dan operasi tamat 2 petang.

Disiarkan pada: November 27, 2017 @ 4:53pm
d