mutakhir

Buka semua kaunter imigresen di KLIA

Oleh HM Digital

Sepang: Semua kaunter daftar masuk dan keluar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dibuka kepada pelanggan sejak Jumaat lalu bagi mengelakkan kesesakan pada musim cuti persekolahan.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Datuk Seri Mustafar Ali berkata, pihaknya membuka 42 kaunter daftar masuk dan 54 kaunter daftar keluar selain kemudahan pintu automatik untuk penumpang.

“Pendekatan itu membolehkan kita menyelesaikan masalah kesesakan kurang dari 40 minit. Langkah ini juga membantu kami mengurus pertambahan penumpang pada musim cuti persekolahan, perayaan dan kumpulan jemaah umrah.

“Kita juga turut membuat pemakluman awal mengenai kesesakan luar biasa di kaunter pasport kerana mempunyai banyak penerbangan terutama pada waktu puncak,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Kiosk Semakan Senarai Hitam di KLIA, di sini, semalam.

Mustafar turut menafikan kesesakan berlaku akibat masalah sistem, sebaliknya berpunca daripada pertambahan penerbangan pada waktu puncak ketika musim cuti persekolahan.

Disiarkan pada: November 28, 2017 @ 8:06am
d