mutakhir

Marang bah, Hulu Terengganu paling ramai

Oleh Zatul Iffah Zolkiply

JUMLAH mangsa banjir di Terengganu terus meningkat kepada 936 mangsa daripada 308 keluarga, 9 pagi Selasa, berbanding 542 daripada 143 keluarga, malam tadi.

Semua mangsa ditempatkan di 32 PPS di lima daerah iaitu Besut, Hulu Terengganu, Dungun, Setiu dan Marang berbanding 25 PPS di empat daerah kecuali Marang.

Menurut Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (Angkatan Pertahanan Awam Malaysia), Hulu Terengganu terus mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 515 mangsa daripada 198 keluarga di 20 PPS berbanding hanya 245 mangsa daripada 65 keluarga di 15 PPS sebelum ini.

Jumlah mangsa di Setiu turut meningkat kepada 185 mangsa daripada 47 keluarga di lima PPS berbanding hanya 151 mangsa (32 keluarga) di lima PPS.

Selain itu, 138 mangsa daripada 38 keluarga di tempatkan di empat PPS di Dungun manakala 39 mangsa daripada 11 keluarga masih ditempatkan di PPS di Sekolah Kebangsaan Kuala Besut 2.

Marang menjadi daerah terbaru dilanda banjir apabila dua PPS dibuka bagi menempatkan 59 mangsa daripada 14 keluarga.

Disiarkan pada: November 28, 2017 @ 10:31am
d