mutakhir

Hulu Terengganu catat mangsa banjir tertinggi

Oleh Isma Ismail

SERAMAI 237 lagi mangsa banjir dipindahkan menjadikan keseluruhan 1,173 orang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Terengganu pada 12 tengah hari ini berbanding 936 mangsa pada 8 pagi tadi.

Sehingga kini, 35 pusat pemindahan sudah dibuka termasuk terbaru di Kuala Nerus yang menempatkan 10 mangsa daripada dua keluarga.

Menurut Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri, daerah Hulu Terengganu mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 497 orang daripada 193 keluarga di 18 PPS.

Ia diikuti dengan daerah Setiu yang mencatatkan 339 mangsa daripada 74 keluarga di enam PPS berbanding 185 mangsa daripada 47 keluarga di lima PPS pagi hari ini.

Selain itu, seramai 160 mangsa daripada 42 keluarga di lima PPS di Dungun berbanding hanya 138 mangsa daripada 38 keluarga di tempatkan di empat PPS sebelum ini.

Di Besut juga, jumlah mangsa meningkat kepada 116 mangsa daripada 31 keluarga di dua PPS berbanding 39 mangsa daripada 11 keluarga pada 9 pagi manakala seramai 51 orang daripada 12 keluarga lagi ditempatkan di tiga PPS di Marang.

Disiarkan pada: November 28, 2017 @ 4:04pm
d