mutakhir

Mangsa banjir Kelantan meningkat

Oleh Maiamalina Mohamed Amin

LAPAN jajahan di Kelantan terjejas banjir dengan 2,511 orang dipindahkan ke 45 pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga 2 petang tadi.

Jumlah itu meningkat 775, berbanding 1, 736 orang pada 9 pagi.

Jeli membuka dua PPS, hari ini dan menempatkan 45 mangsa daripada 15 keluarga.

Kota Bharu masih mencatatkan jumlah tertinggi dengan 818 mangsa daripada 199 keluarga di lima PPS, diikuti Pasir Mas dengan 646 mangsa daripada 203 keluarga di 15 PPS.

Portal eBanjir Kelantan turut merekodkan Tanah Merah mencatat penambahan mangsa dengan terkini, 314 orang ditempatkan di 10 PPS serta Pasir Puteh - 282 mangsa daripada 91 keluarga di empat PPS.

Mangsa banjir di Machang bertambah kepada 239 orang daripada 62 keluarga, manakala Kuala Krai menempatkan 75 mangsa daripada 21 keluarga di empat PPS.

Bachok kekal buka satu PPS untuk 92 mangsa daripada 24 keluarga.

Sungai Golok di Rantau Panjang dan di Kuala Jambu, Tumpat sudah melepasi paras bahaya dengan 10.30 meter(m) dan 2.50m.

Empat lagi sungai utama berada pada paras amaran iaitu Sungai Galas di Dabong, Sungai Lebir di Tualang, Sungai Kelantan di Kuala Krai, Sungai Kelantan di Kusial dan Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah.

Disiarkan pada: November 28, 2017 @ 4:18pm
d