mutakhir

Dah 12,706 mangsa banjir Kelantan

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali

MANGSA banjir di Kelantan meningkat kepada 12,706 orang 9 malam ini berbanding 11,915 mangsa 6 petang tadi.

Jumlah itu membabitkan 4,622 keluarga yang ditempatkan di 100 pusat pemindahan sementara (PPS) di sembilan daerah.

Berdasarkan portal ebanjir Kelantan, daerah Pasir Mas mencatat jumlah mangsa tertinggi seramai 7,980 mangsa daripada 3,310 keluarga yang ditempatkan di 44 PPS.

Diikuti, Kota Bharu 1,440 orang membabitkan 362 keluarga, Pasir Puteh (819 mangsa, 244 keluarga), Tanah Merah (704 mangsa, 207 keluarga), Tumpat (575 mangsa, 188 keluarga), Machang (364 mangsa, 104 keluarga), Bachok (313 mangsa, 75 keluarga), Kuala Krai (283 mangsa, 74 keluarga) dan Jeli (228 mangsa, 58 keluarga).

Sementara itu, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang masih melebihi paras bahaya 10.55 meter (m).

Dua sungai utama lain di paras amaran iaitu Sungai Kelantan di Tangga Krai dan di Jambatan Guillemard.

Manakala, empat sungai lain termasuk Sungai Kelantan di Tambatan Diraja di paras berjaga-jaga.

Disiarkan pada: November 29, 2017 @ 10:04pm
d