mutakhir

Tolong guna laluan pilihan

Oleh Noor Hidayah Tanzizi

JALAN di Simpang Batu 3 hingga ke Kampung Batu 10, Segari, Manjung, ditutup untuk semua kenderaan sejak semalam.

Laluan kira-kira tujuh kilometer ditutup berikutan mengalami hakisan tanah dan dinaiki banjir.

Ketua Polis Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman, berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) mengumumkan penutupan jalan sehingga 21 Disember ini.

“Pengguna boleh menggunakan laluan alternatif di Simpang Batu Hampar ke Beruas dan juga Jalan Damar Laut ke Jalan Kampung Koh.

“Selain itu, boleh juga menggunakan Jalan Pantai Remis ke Batu Hampar dan Jalan Batu Hampar ke Buluh Akar serta Jalan Beruas ke Ayer Tawar.

“Kita mohon kerjasama orang ramai mematuhinya arahan bagi menjamin keselamatan,” katanya pada sidang media di Pejabat Daerah dan Tanah Manjung, hari ini.

Sementara itu, Manjung catat 932 mangsa banjir daripada 215 keluarga, pada kira-kira 11 pagi ini.

Katanya, mangsa ditempatkan di enam pusat pemindahan banjir (PPS) dan jumlah itu menurun.

Muhammad Hanif berkata, pusat pemindahan di Dewan Orang Ramai BNBBC, Batu 4, Segari sudah ditutup pada 9.30.

“Mangsa paling ramai adalah di SK Sungai Batu, Pantai Remis membabitkan 438 daripada 100 keluarga dan diikuti Sekolah Agama Rakyat Tebuk Yan (207/52),” katanya.

Disiarkan pada: December 1, 2017 @ 3:44pm
d