mutakhir

Mangsa banjir Kelantan meningkat

Oleh Muhamaad Razis Ismail

JUMLAH mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan kembali meningkat kepada 13,730 orang setakat 9 malam hari ini, berbanding 13,113 orang pada 6 petang.

Peningkatan mendadak berlaku di PPS Tumpat apabila 3,188 mangsa membabitkan 1,110 keluarga ditempatkan di lapan PPS berbanding 2,556 orang pada sebelah petang .

Berdasarkan portal eBanjir Kelantan, Pasir Mas masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 9,325 orang daripada 3,971 keluarga yang ditempatkan di 39 PPS.

Daerah lain ialah Kota Bharu membabitkan 185 mangsa, Pasir Puteh (828), Gua Musang (117)dan Tanah Merah (87)

Paras air Sungai Golok di Rantau Panjang menurun sedikit kepada 10.24 meter namun masih melepasi paras bahaya.

Sementara itu, 20 jalan masih ditutup kepada kenderaan.

Disiarkan pada: December 1, 2017 @ 10:03pm
d