mutakhir

'Nak lindungi diri, encik!'

Oleh Mohd Hilmie Hussin

Jasin: Mahu mempertahankan diri. Itu alasan diberikan tiga lelaki selepas mereka yang ditahan polis dalam pemeriksaan di Batu Gajah, Merlimau, di sini, 24 November lalu, didapati menyimpan kerambit yang tersenarai sebagai senjata berbahaya.

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Arshad Abu berkata, dalam pemeriksaan jam 4.15 pagi, ketiga-tiga suspek berusia 23, 27 dan 30 tahun yang menaiki Proton Saga BLM dari arah Sungai Rambai menghala ke Melaka ditahan sepasukan anggota Unit Kereta Peronda (MPV) kerana berkelakuan mencurigakan.

Beliau berkata, selain kesalahan memiliki senjata berbahaya, ketiga-tiga suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine, namun semakan dilakukan mendapati mereka tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Disiarkan pada: December 2, 2017 @ 7:26am
d