mutakhir

Cuba seludup 170 kelisa

Oleh HM Digital

Johor Bahru: Hanya kerana enggan membayar permit Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) sebanyak RM15 untuk mengeksport keluar ikan kelisa, seorang peniaga lelaki berusia 50-an berdepan denda RM100,000 atau penjara maksimum enam tahun apabila ditahan cuba menyeludup keluar 170 ikan berkenaan di kawasan pelepasan penumpang Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) di sini, Selasa lalu.

Pengarah MAQIS Johor/Melaka Siti Nur Ahmad berkata, dalam kejadian jam 6.40 pagi, anggotanya memeriksa konsainan ikan dibawa lelaki tempatan berkenaan di tempat pemeriksaan balai berlepas penumpang LTAS.

Disiarkan pada: December 2, 2017 @ 8:03am
d