mutakhir

Rempuhan treler disangka ribut

Oleh HM Digital

Kuala Berang: “Saya ingat ribut melanda kerana dentuman kuat itu menggegarkan rumah dan bekalan elektrik terputus, tetapi sebaik menjengah keluar, didapati treler merempuh kedai di hadapan rumah,” kata Rokiah Mat Ali, 67, dari Kampung Landas, di sini.

Dia yang juga peniaga warung berkata, kejadian berlaku jam 11.30 malam kelmarin ketika dia bersama anaknya, Mohd Rolabjan Saibi, 32, berehat di ruang tamu.

Katanya, dia terdengar bunyi dentuman yang disangka bunyi guruh akibat ribut melanda kampung ketika itu.

Menurutnya, bahagian hadapan warung diusahakan sejak 17 tahun lalu bersama arwah suami ranap dirempuh treler terbabit.

Disiarkan pada: December 2, 2017 @ 8:08am
d