mutakhir

Manjung paling ramai mangsa

Oleh Noor Hidayah Tanzizi

JUMLAH mangsa banjir di Perak sedikit meningkat kepada 858 mangsa membabitkan 190 keluarga, pada pagi Sabtu.

Ini berbanding 851 mangsa, pada kira-kira 12 tengah malam tadi.

Tiada pusat pemindahan baru dibuka dan jumlah lapan pusat sementara (PPS) masih kekal iaitu di tiga daerah iaitu Manjung, Muallim dan Taiping.

Jurucakap Sekreatriat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata, Manjung masih kekal mencatat jumlah mangsa paling ramai dengan enam PPS dibuka.

Disiarkan pada: December 2, 2017 @ 10:58am
d