mutakhir

Jumlah mangsa di Kelantan susut

Oleh Muhamaad Razis Ismail

JUMLAH mangsa banjir di Kelantan menurun sedikit kepada 13,700, pada pagi, berbanding 13,738 mangsa, pada 12.30 tengah malam tadi.

Penurunan itu berikutan penduduk di Gua Musang dan di Tanah Merah sudah mula kembali ke rumah masing-masing.

Sebelum ini, Gua Musang dan Tanah Merah masing-masing merekodkan 100 dan 101 mangsa.

Berdasarkan portal eBanjir Kelantan jumlah mangsa banjir di empat PPS tidak menunjukkan perubahan berbanding tengah malam tadi.

Pasir Mas masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi dengan 9,236 daripada 3,909 keluarga di 36 PPS diikuti Tumpat dengan 3,302 mangsa di lapan PPS.

Di Pasir Puteh, 814 mangsa di lapan PPS dan di Kota Bharu kekal 185 mangsa berada di tiga PPS.

Hanya Sungai Golok di Rantau Panjang masih melepasi paras bahaya dengan bacaan 10.33 meter.

Masih ada 17 jalan ditutup iaitu satu di Gua Musang, satu di Kota Bharu, 11 di Pasir Mas dan empat di Tumpat.

Disiarkan pada: December 2, 2017 @ 11:01am
d