mutakhir

Habis musnah satu stor

Oleh Mohd Sabran Md Sani

STOR tayar jenis separuh kekal musnah dalam kebakaran di Kangkar Tebrau Johor, hari ini.

Penolong Kanan Penguasa Bomba, Saiful Bahri Safar, berkata satu jentera bersama lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat Tebrau ke lokasi kejadian.

Katanya, bomba menerima panggilan kecemasan pada 2.23 petang.

“Turut membantu dua jentera membabitkan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru,” katanya

Disiarkan pada: December 2, 2017 @ 5:22pm
d