mutakhir

Redah renyai hulur bantuan

Oleh HM Digital

Kuala Lumpur: Segalanya dilaksanakan di saat akhir, daripada urusan menghimpunkan sukarelawan kenderaan pacuan empat roda (4x4) hinggalah pembungkusan ratusan beg makanan buat mangsa banjir pantai timur.

Urusan di saat akhir itu juga menyaksikan sekumpulan 30 sukarelawan daripada sembilan 4x4 berkenaan meredah renyai malam yang sebahagiannya bertolak dari Gerik, Perak dan sebahagian lagi dari Kuala Lumpur.

Dua kumpulan konvoi naungan Biro Kebajikan UMNO Malaysia (BiKUM) diketuai Pengerusinya Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah ini berhimpun di pusat pemindahan sementara (PPS) SMK Kamil, Pasir Mas jam 2 pagi, Khamis lalu sebelum kunjungan dan agihan sumbangan beg makanan bermula sesudah Subuh di beberapa PPS daerah terbabit.

“Melakukan kerja di saat akhir khususnya penghantaran sumbangan untuk mangsa banjir sudah lumrah bagi sukarelawan seperti kami.

“Kita pun tak dapat menjangka bila air naik atau surut jadi kami sentiasa dalam keadaan bersedia.

“Kebanyakan kami pula bekerja sendiri jadi ia memudahkan keadaan apabila dipanggil bertugas bila-bila masa,” kata sukarelawan yang juga ahli jawatankuasa BiKUM Mohd Zulfadli Mustapha Kamal.

Disiarkan pada: December 3, 2017 @ 8:54am
d