mutakhir

Lemas saat menjala

Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

Nilai: Seorang lelaki lemas ketika menjala ikan untuk hidangan keluarga di sebuah kolam terbiar di Kampung Masjid, Lenggeng di sini, kelmarin.

Mangsa, Ghazlan Johari, 24, dikatakan ke kolam terbabit pada jam 2 petang bersama rakan sebelum jala dilontarkan tersangkut di dasar.

Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Zaldino Zaludin berkata, mangsa berasal dari Rumah Rakyat Lenggeng, di sini terjatuh ketika cuba menarik jala tersangkut.

“Beberapa rakan menyaksikan kejadian cuba mencarinya namun tidak berhasil,” katanya.

Menurut Zaldino, sebaik mendapati mangsa tidak timbul rakannya terus menghubungi polis dan bomba bagi mendapatkan bantuan.

“Bertindak atas laporan, sepasukan anggota polis dan bomba dari Balai Lenggeng bergegas ke lokasi pada jam 4 petang.

“Mayat ditemui pada jam 4.45 petang di dasar kolam sedalam dua meter.

“Mayat kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

Disiarkan pada: December 3, 2017 @ 9:05am
d