mutakhir

'Mengurut' 4 pagi

Oleh Junaidi Ladjana

TIGA wanita ditahan polis selepas dipercayai terbabit dalam aktiviti pelacuran di sebuah premis urut di pekan Donggongon, Penampang, kira-kira 4 pagi, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Datuk Salehhudin Abd Rahman berkata, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah dengan dibantu anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang melancarkan operasi di sebuah premis urut.

"Hasil serbuan itu berjaya menahan dua wanita warga tempatan dan seorang wanita Filipina yang dipercayai terbabit dalam aktiviti pelacuran.

"Polis turut menahan dua lelaki tempatan berusia 20 dan 29 dipercayai pelanggan," katanya ketika dihubungi.

Salehhudin berkata, dalam serbuan itu polis merampas wang tunai RM51, dua kondom dan satu daripadanya sudah digunakan.

"Tangkapan wanita berusia 17 hingga 44 tahun dibawa ke IPD Penampang untuk siasatan lanjut termasuk mengenal pasti dalang kegiatan itu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan iaitu mencari langganan bagi tujuan persundalan dan Seksyen 4 Public Entertainment Ordinance 1958," katanya.

Disiarkan pada: December 3, 2017 @ 12:23pm
d