mutakhir

Banjir di Perak pulih

Oleh Noor Hidayah Tanzizi

KEADAAN banjir di Perak semakin pulih dan hari ini, dua lagi pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Manjung ditutup dengan semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Kesemua 77 mangsa daripada 23 keluarga yang ditempatkan di kedua-dua PPS iaitu Sekolah Agama Rakyat (SAR) Tebuk Yan dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Batu di Pantai Remis pada mulai 9 pagi hari ini, sudah dibenarkan pulang selepas banjir surut sepenuhnya.

Menurut jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, kerja-kerja pembersihan kawasan rumah penduduk dilakukan dengan bantuan sukarelawan, termasuk oleh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Sebelum ini, selain daerah Manjung, dua lagi daerah di Perak yang terjejas banjir ialah Muallim dan Taiping namun PPS di kedua-dua daerah itu sudah ditutup semalam.

Disiarkan pada: December 3, 2017 @ 5:10pm
d