mutakhir

Sempat beritahu kereta dilarikan

Oleh Omar Osman

“SAYA pelik apabila melihat anak anjing menyalak di pintu belakang rumah sebelum terdengar suara orang mengerang kesakitan. Saya terkejut melihat seorang lelaki berlumuran darah," kata saksi kejadian kes bunuh yang mahu dikenali Chai, 38.

Dalam kejadian 3 petang hari ini, seorang lelaki dikenali Liu Chee Wei, 25, ditemui mati dengan kesan tikaman di dada kiri di lorong belakang Taman Arked, Sungai Petani.

Chai berkata, dia menghampiri mangsa dan mendapati bahagian dada berlumuran darah selain lelaki itu menutupnya dengan tangan.

"Saya sempat bertanya apa yang berlaku sebelum dia memberitahu keretanya dilarikan orang namun tidak lama kemudian dia terkulai dan tidak bernyawa.

"Saya tidak tahu dari arah mana lelaki itu datang, tiba -tiba saja ada tidak jauh dari belakang rumah kerana ketika itu saya berada di ruang tamu," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Dia berkata, kejadian itu terjadi terlalu pantas dan dia masih terkejut melihat mangsa maut di depan matanya.

Portal Harian Metro hari ini melaporkan mangsa ditemui berlumuran darah oleh penduduk taman selepas mendengar suara orang mengerang kesakitan di lorong belakang taman itu.

Berita berkaitan

Suara mengerang dari lorong

Disiarkan pada: December 4, 2017 @ 7:58pm
d