mutakhir

Katanya 'karan tak beghope elok'

Oleh Noor Hidayah Tanzizi

ENAM remaja cemas apabila terperangkap lebih 20 minit dalam lif di kuarters kerajaan di Jalan Pasir Bogak, Pulau Pangkor, kira-kira 10 malam tadi.

Bagaimanapun, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pangkor yang dipanggil untuk memberikan bantuan berjaya membuka pintu lif itu dan membawa keluar mangsa dalam keadaan selamat.

Jurucakap BBP Pangkor, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.18 malam.

Katanya, sebaik tiba anggota mendapati lif itu berada di tingkat bawah dan pintu lif tidak dapat dibuka disebabkan bekalan elektrik tidak stabil.

“Anggota kemudiannya menggunakan kunci pendua untuk mengeluarkan semua remaja itu dalam keadaan selamat.

“Bomba kemudiannya melakukan pemantauan sebelum operasi ditamatkan pada 10.36 malam,” katanya.

Disiarkan pada: December 5, 2017 @ 9:44am
d