mutakhir

Tukang masak ditahan bantu siasatan

Oleh Omar Osman

SEORANG tukang masak berusia 20 tahun yang juga pemilik Perodua Axia ditahan, semalam bagi membantu siasatan kes kematian seorang lelaki di Taman Arked, Sungai Petani.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Saifi Abdul Hamid berkata, lelaki itu yang juga rakan mangsa ditahan kira-kira jam 8.30 malam di Sungai Petani.

Menurutnya, suspek yang bekerja di Pulau Pinang ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan.

“Hasil siasatan mendapati suspek tidak memiliki rekod jenayah lampau dan kita akan memohon perintah reman hari ini,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Semalam, portal berita Harian Metro melaporkan seorang lelaki ditemui mati dengan kesan tikaman di dada kiri di lorong belakang Taman Arked.

Liu Chee Wei, 25, ditemui berlumuran darah oleh orang ramai selepas terdengar suara orang mengerang kesakitan di lorong belakang bangunan di tempat kejadian.

Perodua Axia yang terbakar turut ditemui di kawasan semak tidak jauh dari tempat mangsa ditemui.

Berita berkaitan

Sempat beritahu kereta dilarikan

Disiarkan pada: December 5, 2017 @ 12:20pm
d