mutakhir

'Action! Action! Action!'

Oleh Mohd Nasif Badruddin; Fairul Asmaini Mohd Pilus; Suraya Roslan; Yusmizal Dolah Aling dan Muhammad Saufi Hassan

NAIB Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menawarkan ‘€˜Jajan 3A’€™ kepada tiga sayap parti itu untuk dibawa pulang jika ingin menikmati kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti.

Ahmad Zahid melontarkan tawarannya itu kepada perwakilan ketika menyampaikan ucapan perasmian di Persidangan Sayap Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri sempena Perhimpunan Agung UMNO ke-71 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau yang menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO kemudian menjelaskan maksud `Jajan 3A’ iaitu Action! Action! Action! (bertindak) yang menuntut semua ahli pergerakan ketiga-tiga sayap segera menggerakkan jentera pilihan raya tanpa alasan sebaik menerima arahan daripada Presiden Datuk Seri najib Razak.

Dalam misi mencapai kemenangan besar atau simboliknya ‘2314’ iaitu menyasarkan dua pertiga majoriti dalam PRU-14, beliau mengingatkan pentingnya gerak kerja di semua sayap dilaksanakan secara holistik.

Katanya, seluruh kepimpinan sayap di setiap peringkat perlu terus berwa’ad (berjanji) pemimpin dan akur dengan keputusan presiden parti dalam menentukan siapa saja calon dipilih nanti.

“Kita perlu menghayati konsep ‘Jiwa Jama™i’e’ (berjemaah) belajar menerima kelebihan dan kekurangan orang lain serta menyantuni setiap perbezaan.

“UMNO adalah sebuah parti politik yang lengkap dan berstruktur serta akur mengikut setiap peraturan dan perundangan. Parti kita sendiri pun pernah diharamkan dan kita akur dengan kehendak perundangan,” katanya.

Dalam ucapan bertemakan ‘Lembayung Arjana Bangsa’™ itu, Ahmad Zahid turut mengingatkan perwakilan supaya memiliki mentaliti untuk menang dalam PRU-14 dan menyifatkannya bukan sekadar konsep atau falsafah, tetapi memerlukan semangat keyakinan dan tindakan.

Menurutnya, sekali pun pembangkang terlalu dominan menggunakan pendekatan ˜high tech™ (teknologi tinggi), namun UMNO tetap mengamalkan pendekatan ˜high touch™ (sentuhan tinggi) atau bersemuka dengan rakyat.

Katanya, politik ketertiban bermula dengan pemilihan pemimpin itu sendiri yang mempunyai kebijaksanaan dan begitu juga dalam pemilihan calon PRU-14 yang perlu berwibawa dinamik dan matang merangkumi aspek boleh menang, disukai, berkebolehan, dipercayai dan bijak.

“Seseorang pemimpin itu mesti memiliki sifat taqarrub IlAllah (mendekatkan diri kepada Allah), membimbing kita semua supaya sentiasa menghambakan jiwa raga kepada Allah SWT.

“Berdasarkan itulah Islam menganjurkan supaya pemuda dan pemudinya terdidik dengan ‘jiwa hamba’ terhadap Allah SWT dan menjadi insan Rabbani. Sifat Ubudiyyah ketaatan dan kepatuhan kepada-Nya yang mampu menjadi kompas kehidupan ke jalan kebenaran.

“Saya akui aura kepimpinan paling sukar ditemui ialah disukai kerana apabila seseorang itu terpilih menjadi calon pasti akan ada yang cemburu padanya. Oleh itu, kita memerlukan pemimpin bercirikan ˜Qudwah Hasanah €(ikutan yang baik)™ mampu memimpin dengan contoh dan teladan terbaik,” katanya.

Disiarkan pada: December 5, 2017 @ 11:32pm
d