mutakhir

Muzium setem bakal dibuka

Oleh Siti Salmiah A Hamid

Kuala Lumpur: Negara bakal mewujudkan satu muzium setem bertujuan menyimpan khazanah setem yang memiliki nilai tinggi dan sebagai identiti Malaysia.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Jailani Johari berkata, kementeriannya sedang merancang pelbagai usaha bagi merealisasikan pelaksanaan muzium itu.

“Perancangan ada namun ada beberapa perkara perlu diperhalusi terutama dari segi kos dan bahan (setem) kerana bukan mudah mendapatkan bahan. Ada sebahagian bahan itu bukan berada di Malaysia tapi di luar negara.

“Jadi, kita memerlukan kerjasama dari pihak kerajaan sendiri melalui Persatuan Filateli Malaysia dan rakan-rakan di luar sana bagi mendapatkan bahan bernilai tinggi itu,” katanya selepas Majlis Pelancaran Setem dan Buku Mewah Mini 150 Tahun Setem Negeri-Negeri Selat Ibu Pejabat Pos Malaysia, Kompleks Dayabumi, di sini, semalam

Hadir sama, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pos dan e-Dagang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Mohamed Zaidi Abdul Karim, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh dan Presiden Persatuan Filateli Malaysia (PSM) Datuk Anuar Bashah Mohd Sohore.

Disiarkan pada: December 6, 2017 @ 8:57am
d