mutakhir

Polis kesan waris tukang cuci tapak pembinaan

Oleh HM Digital

Shah Alam: Polis sedang mengesan waris seorang lelaki warga emas yang meninggal dunia akibat serangan jantung di sebuah tapak pembinaan di Seksyen 13 di sini, Sabtu lalu.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, Lye Yong Seong, 64, yang beralamat di Taman Midah, Cheras, Kuala Lumpur rebah ketika bekerja di kawasan berkenaan sebagai tukang cuci.

Mayat mendiang dihantar ke Bilik Mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk bedah siasat namun masih tidak dituntut sehingga kini.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tidak membabitkan unsur jenayah.

Justeru, ahli keluarga atau waris Yong Seong boleh menghubungi Sarjan Indera Fauzi Abdullah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam melalui talian iaitu 03-55202222 untuk proses lanjut.

Disiarkan pada: December 6, 2017 @ 10:45am
d