mutakhir

Doakan Muhammad Ariffin tenang di sana

Oleh Mohd Hilmie Hussin

LELAKI, 20, meninggal dunia selepas Yamaha 125 ditunggangnya hilang kawalan sebelum terjatuh selepas bergesel dengan Honda EX5 dari arah bertentangan di Jalan Taman Rebana Jernih, Kuala Sungai Baru, Alor Gajah, Melaka semalam.

Terdahulu, pada kejadian jam 10.30 malam, Muhammad Ariffin Abd Aziz yang menunggang berseorangan terbabas dan melanggar tiang lampu jalan.

Namun Muhammad Ariffin masih dapat mengawal jenteranya sebelum terbabas ke tengah jalan dan bergesel dengan Honda EX5 ditunggang penuntut Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), Syakir Hamizer Idros, 23.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Negeri Deputi Superintendan Mohd Sham Abdullah berkata, mangsa datang dari arah Lubok Cina ke Kuala Sungai Baru.

“Muhammad Ariffin yang terjatuh parah di kepala. Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Alor Gajah.

“Syakir Hamizer pula cedera ringan dan dirawat di hospital sama. Mayat mangsa kemudiannya dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Disiarkan pada: December 6, 2017 @ 11:40am
d