mutakhir

Ahli Parlimen Jelebu meninggal dunia إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

AHLI Parlimen Jelebu, Datuk Zainudin Ismail meninggal dunia di rumahnya di Villa Puteri, Kuala Lumpur jam 7.30 petang, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang, Datuk Jalaluddin Alias yang dihubungi mengesahkan perkara itu, sebentar tadi.

Katanya, Allahyarham meninggal dunia akibat penyakit tumor otak yang dihidapinya sebelum ini.

"Seluruh kepimpinan UMNO Negeri Sembilan dan kerajaan negeri menzahirkan kesedihan atas pemergian arwah. Beliau seorang individu yang banyak menabur bakti baik dalam pentadbiran mahupun parti," katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri itu.

"Buat masa ini kami tidak tahu mengenai urusan pengebumian dan akan memberitahu apabila menerima maklumat penuh," katanya.

Disiarkan pada: December 6, 2017 @ 10:16pm
d