mutakhir

Allahyarham Zainudin Ismail, moga tempatmu di jannah

Oleh Abnor Hamizam Abd Manap

JENAZAH Ahli Parlimen Jelebu, Negeri Sembilan Datuk Zainudin Ismail selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Petaseh Hilir, Jelebu, 11 pagi hari ini.

Arwah yang berasal dari kampung berkenaan dikebumikan bersebelahan pusara ibu dan bapanya.

Sebelum itu, solat jenazah dijalankan di kediaman arwah di Taman Angsana, dekat Titi, Jelebu.

Kira-kira 500 kenalan dan ahli keluarga hadir pada upacara pengebumian.

Allahyarham meninggal dunia 7.15 petang semalam di kediamannya di Villa Puteri, Kuala Lumpur akibat ketumbuhan dalam otak.

Zainudin disahkan menghidap penyakit itu selepas tidak sedarkan diri di rumahnya sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), Mac tahun lalu.

Difahamkan, sebelum kejadian, Zainuddin demam dan berehat di rumahnya di Kuala Klawang di sini, sebelum tiba-tiba tidak sedarkan diri.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, Allahyarham memenangi kerusi Parlimen Jelebu menewaskan calon PAS Raj Munni Sabu dengan majoriti 7,101 undi.

Disiarkan pada: December 7, 2017 @ 12:00pm
d