mutakhir

BIKUM mahu balas budi

Oleh Mohd Nasif Badruddin

BIRO Kebajikan UMNO Malaysia (BIKUM) mengagihkan 200 pek makanan kepada petugas keselamatan sempena Perhimpunan Agung UMNO.

Pengerusinya, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, ia sebagai menghargai jasa mereka yang memastikan perjalanan perhimpunan itu lancar dari awal sehingga Sabtu ini.

Katanya, agihan seperti juga akan diteruskan pada tahun depan sebagai 'membalas budi' mereka.

"Kita juga sediakan 30,000 sarapan kepada pengunjung perhimpunan ini pagi tadi dan kita harap ia sedikit sebanyak dapat membantu orang ramai di sini," katanya ketika menyerahkan sumbangan makanan itu kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah.

Disiarkan pada: December 7, 2017 @ 9:05pm
d