mutakhir

Lee terima ijazah kehormat doktor falsafah keenam

Oleh HM Digital

Kuala Lumpur: Aktivis sosial, Tan Sri Lee Lam Thye menerima ijazah kehormat doktor falsafah yang keenam sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan beliau kepada masyarakat menerusi aktiviti sosial.

Penganugerahan terbaru itu diterima daripada Universiti Metropolitan Asia (AMU) sempena Majlis Konvokesyen ke-11 universiti tersebut di Serdang, semalam.

Lee, yang juga Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Kerja Sosial daripada Canselor AMU Jen (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin.

Disiarkan pada: December 8, 2017 @ 10:02am
d