mutakhir

Dua penganggur dituduh miliki dadah

Oleh HM Digital

Kuala Pilah: Dua penganggur berdepan hukuman gantung sampai mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas dua pertuduhan memiliki pelbagai jenis dadah, bulan lalu.

Tertuduh, Nazri Nizam Md Nor, 40, dan Muhamad Hairi Hamzah, 34, masing-masing mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Nariman Badruddin.

Mengikut fakta kes, Nazri Nizam berdepan dua pertuduhan dengan pertama didakwa mengedar heroin seberat 752.75 gram di Kampung Jeram Tengkek, Batu Kikir jam 7 petang, 27 November lalu.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mengedar methamphetamnie seberat 52.70gram dengan kejadian, tarikh dan masa berlaku di tempat sama.

“Manakala Mohamad Hairi didakwa mengedar heroin seberat 54.80 gram berdekatan belukar di lokasi sama pada jam 7.45 malam, 27 November,” katanya.

Disiarkan pada: December 8, 2017 @ 10:49am
d