mutakhir

Guna TN50 dekati anak muda Kelantan

Oleh Mohd Nasif BadruddinFairul Asmaini Mohd PilusSuraya Roslan dan Yusmizal Dolah Aling dan Muhammad Saufi Hassan

Kuala Lumpur: Perjumpaan berterusan dengan generasi muda Kelantan sudah digerakkan bagi mengenal pasti kemahuan dan keperluan golongan itu dalam memastikan usaha dijalankan Kerajaan Pusat di negeri itu mencapai kejayaan.

Malah, UMNO Kelantan menggunakan program Transformasi Nasional 50 (TN50) yang diperkenalkan kerajaan secara maksimum untuk memberi gambaran sebenar matlamat kerajaan terhadap generasi masa depan.

Ketua UMNO Bahagian Machang Datuk Ahmad Jaz
lan Yaakub berkata, setakat ini, banyak perjumpaan bersama generasi muda melalui sesi penerangan transformasi dianjurkan Himpunan Siswazah Melayu Anak Kelantan untuk melihat apakah kemahuan mereka sebelum dibentangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ketika berucap menyokong usul ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2017, di sini semalam, beliau menyentuh mengenai transformasi dilakukan kerajaan yang mengambil berat soal rakyat Kelantan biarpun mereka ditadbir pembangkang.

“Perdana Menteri tunjuk kesungguhan untuk bela rakyat di Kelantan. Ramai yang kita jumpa mereka berseloroh, mereka katakan apakah gunanya membela Kelantan kerana berada bawah pembangkang. Tapi berlainan apa yang ditunjukkan Perdana Menteri. Terima kasih (peruntukan) dalam Bajet 2018, yang turut mengambil kira rakyat Kelantan.

“Selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12), Kelantan memiliki dua kerusi parlimen dan enam Dewan Undangan Negeri (DUN), tetapi hasil sikap presiden kami membalas kepercayaan, pada PRU-13, Kelantan ada sembilan kerusi parlimen dan 12 kerusi DUN, dan kalau inilah sikap positif, kita yakin dan percaya PRU-14, Kelantan kembali kepada BN,” katanya.

Disiarkan pada: December 9, 2017 @ 1:35am
d