mutakhir

Semua menu RM6

Oleh Mohd Nasif BadruddinFairul Asmaini Mohd PilusSuraya Roslan dan Yusmizal Dolah Aling dan Muhammad Saufi Hassan

Kuala Lumpur: Lebih jimat dan berpatutan. Itu luahan kepuasan orang ramai yang berpeluang menikmati hidangan bajet di Kafe Rakyat RM6 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017.

Menggunakan slogan ‘Sedap dan Berbaloi’, kafe yang dibuka sepanjang persidangan parti itu bermula awal pagi hinggalah lewat petang dan terbuka kepada semua pengunjung.

Kafe yang terletak di aras dua bersebelahan bank itu kini menjadi tumpuan pengunjung dan perwakilan yang ingin menikmati makanan dan minuman pada harga berpatutan.

Ia menempatkan enam gerai jualan makanan serta minuman dan boleh memuatkan lebih 350 pengunjung pada sesuatu masa.

Beraneka juadah seperti nasi lemak, sandwich, roti canai, aneka mi, bubur, snek, laksa serta minuman dijual pada harga hanya RM6 saja.

Inisiatif terkini daripada pengurusan PWTC untuk mewujudkan kafe bajet itu nyata menarik perhatian kerana sebelum ini ramai pengunjung dan perwakilan menyuarakan rasa tidak puas hati kerana kebanyakan makanan yang dijual di sekitar pusat persidangan itu mahal bagi golongan bawahan.

Pengunjung, Rashid Husien, 48, mengakui tidak pernah ketinggalan mengikuti perhimpunan agung berkenaan sejak lebih 10 tahun lalu bersama rakan sekampung.

Disiarkan pada: December 9, 2017 @ 1:57am
d