mutakhir

Dua remaja maut digilis lori

Oleh HM Digital

Sepang: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki bergesel sebelum terjatuh dan digilis lori dalam kemalangan di Jalan Nilai-Salak Tinggi-Bukit Changgang di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 12.25 tengah hari, penunggang berusia 16 tahun manakala pemboncengnya berusia 14 tahun datang dari arah susur Pekan Salak menghala keluar ke Jalan Nilai-Salak Tinggi-Bukit Changgang.

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, ketika sampai di tempat kejadian, mangsa memasuki laluan utama sebelum motosikal Honda mereka bergesel dengan bahagian kiri lori.

“Akibatnya, mangsa terjatuh dan digilis tayar lori berkenaan.

“Kedua-dua remaja yang berasal dari Nilai, Negeri Sembilan itu disahkan maut di tempat kejadian akibat parah di kepala,” katanya.

Disiarkan pada: December 9, 2017 @ 2:31am
d