mutakhir

Sebulan hilang, rupanya mati

Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

LELAKI warga emas, 65, yang hilang lebih sebulan lalu ditemui meninggal dunia dalam semak di Jalan Bukit Tembok, berhampiran Taman AST, Seremban, semalam.

Mayat lelaki itu ditemui oleh penduduk pada 4.30 petang ketika sedang mencari daun pisang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, sepasukan anggotanya bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan awam.

Katanya, mayat warga emas itu ditemui dalam keadaan reput dan dipercayai mati sejak mangsa hilang 6 November lalu.

"Siasatan di lokasi menemui barangan milik si mati iaitu payung, alat pengecas dan telefon bimbit serta dompet.

"Siasatan tidak menampakkan sebarang unsur jenayah dan pengecaman oleh anak sulung lelaki itu mengesahkan mayat milik bapanya," katanya.

Sulizmie Affendy berkata, warga emas itu pernah mengidap darah tinggi dan mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), di sini.

"Mayat dibawa ke HTJ untuk tindakan susulan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Disiarkan pada: December 10, 2017 @ 10:11am
d