mutakhir

Tapak pelupusan sampah masih terbakar

Oleh Mary Victoria Dass

SEHINGGA hari ini, bomba berjaya memadamkan api di kawasan seluas 0.8 hektar daripada keseluruhan 2.4 hektar di tapak pelupusan sampah milik Majlis Daerah Pontian (MDP) Kampung Air Putih, Pekan Nanas, Pontian, Johor yang terbakar sejak 1 Disember lalu.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Johor berkata, pihaknya juga meneruskan operasi bagi memadam kebakaran membabitkan kawasan 1.6 hektar yang masih terbakar.

Menurutnya, operasi memadam api berkenaan dianggotai 10 anggota Bomba, 12 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan lapan pekerja SWM Environment Sdn Bhd (SWM).

"Kami akan meneruskan usaha memadam kebakaran berkenaan secara berperingkat," katanya dalam kenyataan.

Bomba menerima laporan awal kebakaran berkenaan pada 3.20 petang, 1 Disember lalu, dan siasatan awal mendapati ia dipercayai berpunca daripada kebakaran di tapak pelupusan haram berhampiran seluas 10.11 hektar.

Disiarkan pada: December 10, 2017 @ 2:50pm
d