mutakhir

Tiga kedai musnah terbakar

Oleh Norizuan Shamsuddin

TIGA kedai musnah dalam kebakaran di Seksyen 2/2, Cheras, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan memaklumkan kejadian pada 9.30 pagi.

Katanya, seramai 31 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang, BBP Bangi dan pasukan bomba sukarela bersama enam jentera dikerahkan ke lokasi bagi memadamkan kebakaran.

"Semasa pasukan bomba tiba di lokasi kejadian, api sedang marak membakar tiga unit kedai.

"Anggota berjaya memadamkan kebakaran dan siasatan mendapati kebakaran menyebabkan kedai basuh kereta musnah 90 peratus, kedai serbaneka musnah 100 peratus dan kedai makan musnah 90 peratus.

"Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan cedera akibat kebakaran itu dan siasatan lanjut sedang dilakukan bagi mengenalpasti punca kebakaran serta jumlah kerugian," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Disiarkan pada: December 11, 2017 @ 1:47pm
d