mutakhir

Treler gula terbalik

Oleh Mohd Hasbi Sidek

TRELER yang membawa muatan gula terbalik sebelum merempuh pondok tambah nilai Touch n' Go di Hentian Jejantas Sungai Buloh, Lebuhraya Utara-Selatan, dekat Sungai Buloh, pagi tadi.

Dalam kejadian 7.30 pagi itu, treler berkenaan hilang kawalan sebaik melepasi pondok tambah nilai di lokasi sebelum terbalik dan turut mengena pondok tol.

Menurut saksi yang juga pemandu lori berkata, ketika kejadian, dia meletak lori dipandunya berhampiran lokasi sebelum ternampak treler yang dipandu seorang lelaki terbalik.

"Jalan di kawasan berkenaan sedikit berbukit, treler itu naik ke hentian dan secara tiba-tiba mengundur menyebabkan kepala treler terbalik selain muatannya juga berselerak di jalan.

"Nasib baik pemandunya hanya cedera. Ketika kejadian juga terdapat beberapa kereta sedang beratur untuk masuk ke hentian ini, namun nasib baik semua sempat mengelak," katanya.

Pihak Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) ketika dihubungi memaklumkan pihaknya tidak mendapat laporan mengenai kejadian.

Disiarkan pada: December 11, 2017 @ 6:26pm
d