mutakhir

OBD Hulu Selangor meninggal dunia

Oleh Amrullah Abdul Karim

ORANG Besar Daerah (OBD) Hulu Selangor, Datuk Aman Shah Mohd Shahar, 72, meninggal dunia 6.58 petang semalam di Hospital Selayang akibat penyakit barah hati.

Allahyarham dimasukkan ke hospital itu sejak 24 November lalu dan menerima rawatan berterusan sehingga disahkan meninggal dunia petang semalam.

Jenazah dibawa ke Masjid Al Kholidiah, Rasa, Kuala Kubu Bharu pada 10.20 malam tadi untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rasa.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut hadir memberi penghormatan terakhir.

Allahyarham meninggalkan isteri, Datin Rahimah Pateh Akhir, 65, dan lima anak.

Pegawai Daerah Hulu Selangor, Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata, pengurusan jenazah dilaksanakan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor serta dibantu agensi berkaitan.

Disiarkan pada: December 12, 2017 @ 10:59am
d