mutakhir

Tiga cedera di Jalan Saujana Impian

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

TIGA cedera dalam kemalangan membabitkan lima kereta dan dua motosikal di Jalan Saujana Impian, Kajang, kira-kira 8 pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir berkata, kemalangan berlaku apabila dua kereta dari arah Kuala Lumpur menghala ke Semenyih berlanggar sebelum kedua-dua kenderaan itu terbabas dan masuk ke laluan bertentangan.

“Kedua-dua kereta itu kemudian dilanggar tiga kereta lain dan dua motosikal di laluan bersebelahan akibat tidak sempat mengelak.

“Akibat kemalangan itu, seorang pemandu patah jari selain seorang penunggang motosikal retak tulang paha kanan dan patah tulang rusuk,” katanya.

Katanya, semua mangsa dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Disiarkan pada: December 12, 2017 @ 3:59pm
d